Failkan di bawah:
Benda-benda yang membuatkan kau berkata "Mm".
(Nota: ulasan ini telah disesuaikan untuk pembaca yang berusia 12 tahun ke bawah)
Ulasan filem:
Bak kata doktor kepada itik yang datang ke klinik mengadu sakit buasir, ianya taklah semeriah Hari Raya, tapi tak juga seteruk yang kau sangka.
Notakaki:
1) Sangat sesuai untuk couple yang mahu apasaja alasan untuk berpeleseran dalam kegelapan sebagai menyambut kedatangan Aidil Fitri (sebab filem ni akan mula ditayangkan pada Hari Raya Pertama).
2) Crane-shot mamat hero (hrf?) terduduk diperdu pokok dikelilingi selirat akar seperti jari-jari yang menjalar keluar dari jasadnya = bagus dan penuh dengan metafora yang sangat lazat; barulah kelihatan seperti sebuah FILEM WAYANG. Tapi malang, terlalu sedikit dan terlalu lewat untuk membantu filem ini keluar dari dunia cerekarama Samarinda yang membelenggunya.
3) Mana-mana filem yang tak memerah sepenuhnya susu kehadiran Syanie, maka amatlah wajib semua yang berkenaan dengan pembikinannya diikat di perdu pokok kekabu serta dilutu dengan kerikil yang sangat tajam dan keras (dan juga botol-botol serpih, kalau terjumpa).
4) Mana-mana filem yang ada soundtrack yang boleh tahan cool tapi tak pula disulam ke dalam filem adalah sebuah misteri yang lebih dalam dan gelap daripada terowong lombong emas Raja Sulaiman.
5) Syukur kepada Tuhan kerana menjadikan Ho Yuhang.
-----
Best actor award goes to: Ho Yuhang.
Best supporting actor award goes to: Mamat gerai buah. (ayon la tu...thanks for the compliment)
Best actress award goes to: Chelsia Ng, yang sentiasa under-rated.
Best supporting actress award goes to: Khatijah Tan, yang sentiasa subtle dan under-appreciated.
Best film award goes to: Apa-apa saja yang tak ada perkataan "Salon" dalam tajuknya.
@yon...Tak sia-sia cubaan pertama ayon dalam filem....