SriWangsa

Dari pandangan dan jejak pengalaman ayon kan meluah maksud tersirat dalam nafas hidup yang tiada ulangnya...menerusi jurnal ayon nan satu...




Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma

Timangan : Ayon@PokChu@Sriwangsa
Lahir : Tahun Harimau
Meneduh: Di bumi bertuah lahirnya sejarah
Kesukaan : Melihat, Meneliti, Menilai, Memuliakan
Kebencian : Hipokrasi, Pembelit, Pembuli, Hiruk Pikuk
Irama : Menenangkan dan mendamaikan
Karya : Khalil Gibran, Ralph Waldo Emerson
Idola : Arwah Abah, walau ada dan tiada kau tetap di hati



3 sikap ayon yang perlu dikikis:

1. Tidak konsisten
2. Emosional
3. Cepat mengalah


3 sikap yang perlu ada pada ayon:

1. Kematangan berfikir
2. Sentiasa positif
3. Cepat bertindak


Misi dan matlamat hidup ayon:
1) Menukar kereta yang sedia ada kepada yang lebih selesa
2) Menjelajah ke dunia baru
3) Memantapkan mutu kerja dan mencipta sesuatu yang baru
4) Membantu semua insan untuk menjamin kepuasan hidup
5) Mengejar ilmu selagi termampu


Quote Of The Day
"When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're smiling and everyone around you is crying."

Filem & Iklan yang dilakoni:

1. Villa Cinta Daddy
2. No 2 Persiaran 2
3. Salon The Movie
4. Komersil




   


<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Klik-Klik Teman Blog
SM
YasminAhmad
Nizam
Leen
Rudy
Fajar
MatJan
Jolieskins
JurnalAlam
Purbe
Nazim
Hazel

Klik-Klik Seni & Hiburan
KakiSeni
FilemKita
SepetTheMovie
NingClix
NingOfficialSite
VE
SheilaMajid
AnuarZain
AmericanIdol
Oprah
Klik-Klik Informasi
Era
Xfresh
CyberTV
Emedia
Utusan
TheStar

Klik-Klik IT
Driver
Microsoft

Klik-Klik Semasa
Promuda
Myspace
Friendster
GengJurnal
AsiaWeblogAwards




Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


blogdrive

Saturday, August 27, 2005
Salon The Movie


Ayon kembali setelah musim demam AF semakin kebah kini ayon merasa amat bersyukur kerana filem pertama lakonan ayon bakal berada di layar perak tidak lama lagi.

Nantikan kemuculan ayon dalam filem terbaru "Salon " arahan Woo Ming Jin.....sebagai seorang penjual buah.......layarilah laman web  salon

Posted at 01:00 am by Ayon
Comments (2)

Saturday, May 21, 2005
Dah demam...ayon@fantasia3

Ayon kini sedang menulis di jurnal ayon yang baru bersempena dengan kedatangan Akademi Fantasia 3 musim baru....sudilah kiranya melawat jurnal fantasia 3 ayon di ayonatfantasia3. Untuk jurnal sriwangsa ini ayon akan terus menyambung penulisan kiranya ada kelapangan.....

Posted at 12:29 am by Ayon
Make a comment

Thursday, April 21, 2005
Ku Cari Damai Abadi

Salam Maulidur Rasul untuk semua...indah sungguh pagi ini tatkala semalam ayon bersama teman-teman menikmati pelbagai hidangan dengan penuh keceriaan di Tanjung Harapan...ayon juga bersyukur kerana tindakan ayon menghadiahkan kehadiran anak-anak buah ke pangkuan opah tersayang..suatu pengorbanan yang sukar diungkapkan...moga ikatan kan terus terjalin dalam mencari kedamaian abadi

"Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari
Mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi"



"Ku Cari Damai Abadi " - Pak Lah


@yon...kedamaian takkan luput kiranya kita sentiasa bersyukur...

Posted at 11:04 am by Ayon
Make a comment

Sunday, March 27, 2005
Kerana Cinta Aku Kembara

Tahun ini penghidupan sedikit berubah, ayon sudah memasuki dunia kerjaya yang baru yang menuntut ayon supaya sentasa bersedia, kadangkala ianya agak meletihkan namun semuanya seakan terpaksa ayon tempuhi...selain itu wajah ayon juga sudah menghiasi kaca tv, saja untuk menghabis masa yang lapang....selain drama, ayon jugak berjinak-jinak kearah pengiklanan komersil....memang agak meletihkan namun ayon percaya bahawa dengan penglibatan ini penjelajahan minda ayon akan lebih meluas....drama pertama sudah ditayangkan iaitu "Villa Cinta Daddy" bakal menyusul drama di TV2......ayon kan terus hidup dalam mengecapi kepuasan hakiki
matlamat kebahagiaan yang satu...

"Kerana cinta aku kembara
bagai camar melintas laut
mencari pohon untuk berteduh
kerana cinta aku kembara
ikut lagu bisikan hati mendamba kasih paling setia"

"Awan yang terpilu " - Ning

@yon...akan sentiasa mencari kejayaan dalam hidup

Posted at 09:06 pm by Ayon
Comments (1)

Sunday, January 16, 2005
Tahun baru ini....ayon perlu menjadi serba baru

Pantas masa berlalu tanpa ayon sedari....hidup ini menjadi semakin sukar dan terlalu meletihkan...namun itulah ertinya hidup....susah senang terpaksa ditempuhi walau payahnya hanya yang empunya diri mengetahuinya.....ayon memohon maaf kepada mak sekiranya ayon masih lagi menyusahkan hidup mak...tahun baru ini ayon akan usahankan segalanya bersendiri...bukan bermaksud untuk menolak pertolongan cuma terlalu banyak pengorbanan yang mak dah curahkan...terimakasih tak terhingga...buat yang tersayang....ayon cuba berikan yang terbaik untuk tahun ini...walau adakalnya hidup ini terasa begitu sepi dan sunyi....ayon tidak pernah memaksa...dan tidak pula suka dipaksa biarlah segala yang terjadi berlaku dengan kerelaan...itu adalah lebih mulia.....tolong pelihara hubungan ini agar ianya akan tetap utuh walau kadangkala hati ini pernah terguris....Ayon di tahun baru ini adalah ayon yang tersendiri....dan ayon akan berusaha agar tahun ini akan terus memebri seribu sinaran dalam hidup yang belum tentu bilakan tamatnya.....


Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu...

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera


Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh...

TIdak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kank u kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
TIdak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

Posted at 10:47 pm by Ayon
Make a comment

Saturday, December 11, 2004
Hujung Minggu

Suasana kerja agak biasa hari ini....walaupun tempat sudah bertukar namun segalanya berjalan lancar.Hujung minggu di KL lain benar rasanya berbanding di tempat sendiri....suasana agak riuh, tiada tenang rupanya. Pabila melihat kelibat manusia semuanya seakan berpusu berbelanja...almaklumlah tahun baru bakal menjelma...begitu banyak persiapan yang perlu diadakan. Setahun masa berjalan begitu pantas, usia pula bakal meningkat namun ayon cuba gagahi jua agar ianya seiring dengan pembangunan diri.
Esok ayon akan berada melihat persembahan Dayang dan Anuar di salah sebuah kelab terkemuka di ibu kota. Harapnya hati yang sepi ini bakal terhibur dengan alunan dan suara merdu mereka..sesekali mencari hiburan apa salahnya....baiarlah hiburan yang betul bukannya terlarang hehehe....


"Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci"

"Semuanya Untukmu - Anuar Zain"


@yon....hidup ini penuh keabadian

Posted at 05:36 pm by Ayon
Comments (2)

Tuesday, December 07, 2004
Ayon kembali mencoret

Lama sudah ayon tidak mencoretkan sesuatu di sini.....segalanya baik buat ayon dan cukup menggembirakan...tawaran berlakon pun ada...kondisi di tempat kerja agak sederhana.....keadaan keluarga semuanya terpelihara...alhamdullilah.....ayon cuba merealisasikan impian yang belum tercapai...cuba mengejar apa yang tertinggal kerana tahun bakal berganti dalam waktu terdekat ini. Usaha demi usaha perlu dipertingkatkan....nescaya ayon akan terus hidup dengan jayanya....kepada para pembaca sudilah kiranya berkongsi sesuatu supaya kita mendapat faedah darinya. Ayon cukup bertuah kerana berkenalan dengan teman-teman baru yang menyinari hidup ayon kini...di tempat kerja, sebagai tetamu pembaca dan yang lainnya...ayon harap doa kalian akan teriring bersama kejayaan ayon dan anda semua.....

"Saat pertemuan itu
Menghadirkan keindahan
Menafikan hakikat sebuah perpisahan
Bila
Senyuman manis bertemu
Bicara kan terganggu
Renunganmu dipaut pepohonan kerinduan yang dulu"

"Kembali bersama - Kaer"


@yon....marilah kita kembali bersama menuju cita-cita



Posted at 11:27 pm by Ayon
Make a comment

Saturday, October 09, 2004
Tumpang gembira

Teman baik ayon berkereta baru hari ini.....tahniah....moga kehidupan terus bangun bersama kemajuan....ayon akan menyusul kemudian.....jangan lupa kereta lama ayon yer...hehehe

@yon....gembira pabila ada yang berjaya dan bertambah maju....ayon nak tumpang berjaya

Posted at 01:11 am by Ayon
Make a comment

Thursday, September 30, 2004
Ayon adalah tersendiri

Ayon gembira kerana....

melihat segala yang ada begitu indah....
menerima kehadiran mereka yang menghargai....
menjadi insan yang lebih berguna....
melihat jangkauan waktu yang sebegitu adil....
menerima kesilapan untuk diperbaiki....
menjadi matang diatas kesabaran orang lain....
menerima segalanya dalam bentuk hikmah yang maha hebat
menjadi diri AYON sebenar

@yon....adalah dari diri yang dibawa kedalam diri


Posted at 09:54 pm by Ayon
Make a comment

Tuesday, September 28, 2004
Masih di sini

Ayon masih terus hidup....memberi sepenuhnya pada nikmatnya sehela nafas yang disedut......makin banyak janji ayon yang belum tertunai....ayon akan cuba usahakan agar semua orang akan gembira termasuk diri ayon sendiri.....terimakasih kerana jalan yang dibuka begitu luas...curam yang dituruni begitu mudah adakalnya...kerana kekuatan yang ada pada diri ayon ada juga di sekelilingnya...ayon akan terus bersatu bersama semangat dan keazaman.


@yon...setapak melangkah takkan mudah berpaling

Posted at 10:38 pm by Ayon
Make a comment

Previous Page Next Page


<